BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

Open Your Eyes

Album : Munsyid : Maher Zain

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to YouUntil the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Sunday, October 11, 2009

Ukhuwwah Itu Indah

(dedikasi buat alumni g13th & sahabat-sahabat gen9 dq-uiam)

Hanya ada Satu
yang bisa memenuhi segalanya.
Dia Yang Maha Kuasa,
Maha Mendengar,
ketahui sagala rahsia,
rasa jiwa,fikir kita,
tempat bersandar,mengharap bahagia,
tempat memohon panduan cahaya-Nya.


Namun aku perlukanmu,
teman yan setia,
ketawa,senda,tangis peristiwa.
Aku insan, dan kau jua
melengkapi kisah hidup sekian lama.


Kau kata teruskan
bila aku tak terdaya,
kalammu beri kekuatan
yang tak dapat aku huraikannya
senyumanmu bawa tangisan,
saat perpisahan menjenguk kita.


Aku mencarimu, kerana mencari redha-Nya,
kalammu penuh tazkir
buat hatiku terjaga,
teguranmu bagai mutiara
menghindar jiwa dari terus terlena,
semangatmu penuh yakin
hilangkan rasa kecewa.


Kau dan aku,
hanya kita fahami rahsianya.
Ukhuwwah itu indah bila dasarnya cinta Allah,
"ukhuwwah fillah abadan abada"!

Friday, October 9, 2009

Said Ibnul-Ash berkata pula: Sahabatku yang rapat kepadaku mempunyai tiga macam hak atasku,iaitu:

1)Jika ia datang kepadaku,nescaya aku mengalu-alukan kedatangannya.

2)Jika ia berbicara,nescaya aku berikan perhatian kepada perbicaraannya.

3)Jika ia duduk disebelahku,nescaya aku luaskan tempat untuknya.

Rasulullah s.a.w bersabda:'Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."Bila seorang bertanya,"Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali??"Rasulullah s.a.w bersabda:"Selalu inagt MATI dan membaca AL-QURAN."

Sunday, September 13, 2009

Al-Quran beri inspirasi berfikir

AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya membabitkan cara mengambil, meletak dan membacanya, malah yang lebih ialah kandungannya dan menghayati suruhan dan menjauhi larangannya.


qurantasbih.jpgMenurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan generasi terdahulu ke paras tertinggi dalam indeks kecemerlangan.
Kecemerlangan yang digapai bukan dalam satu bidang tertentu, malah pelbagai bidang. Dukacita generasi ini sudah lama meninggalkan kita.


Walaupun mereka tiada lagi, sejarah mereka tetap utuh, bahkan masih segar jika dipelajari.
Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama, malah menjadikan sebagai panduan cara kehidupan, membabitkan kesempurnaan fardu ain dan fardu kifayah.


Cuba lihat apabila mereka baca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumba-lumba membeli kain di gedung untuk menutup aurat tetapi mereka berfikir lebih jauh dari itu, iaitu mereka berfikir cara untuk mencipta pakaian, membina kilang pakaian serta merancang untuk menguasai pasaran pakaian dan fesyen.


Begitu juga apabila mereka membaca ayat mengenai kebersihan, mereka bukan saja membersihkan najis tetapi mencari idea untuk meneroka teknologi, malah menceburi dalam import eksport barang terbabit.Di sebalik kepintaran itu, mereka adalah generasi berakhlak tinggi. Begitulah al-Quran memberikan inspirasi berfikir dan berzikir.


Sewajarnya remaja mencontohi kecemerlangan itu, mendekati al-Quran untuk mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi. (Bagaimana mendekati Al-Quran?)
Caranya dengan membaca al-Quran, selalu mendengar bacaan ayat suci al-Quran, memahami kandungan, menjadikannya sebagai penawar mujarab menyelesaikan masalah sosial dan seterusnya menjadikan ia sumber hukum.


Masalah remaja bermula apabila kita mengambil sikap memulaukan al-Quran, iaitu tidak membacanya. Jika dulu, waktu Maghrib kedengaran bacaan al-Quran, sayup-sayup dari rumah tetapi kini yang kedengaran di televisyen dan radio.


Jika dibaca pun banyak kesalahannya, tidak cuba memahami apa yang dibaca, tidak menjadikannya sebagai panduan untuk merawat penyakit masyarakat dan kemanusiaan. Jika ada pun dijadikan untuk hantaran perkahwinan.


Ketika empayar Rom dan Parsi jatuh ke tangan orang Islam, pemimpin Rom berbicara sesama sendiri dengan penuh kekaguman mengenai tentera Islam.
Antara komen mereka ialah orang Islam suka bersolat pada malam hari dan berpuasa pada siang hari, menepati janji, menyeru orang melakukan kebaikan, melarang daripada kejahatan dan membahagikan harta rampasan perang sama banyak antara mereka.


Umat Islam berada di zon kecemerlangan kerana ditempa dan dibentuk al-Quran. Melihatkan kepada suasana semasa nampak sangat kita berada di satu lembah dan al-Quran berada di tempat lain.


Prestasi makin jauh dari al-Quran ini akan mencetuskan seribu satu macam onar dalam masyarakat.Apa yang perlu dibuat,dengarlah al-Quran, selalulah membaca, cuba fahami isinya, akan datang penghayatan dan akhirnya terserlahlah al-Quran dalam bentuk tindakan, lalu berulang kembali generasi al-Quran.Muhasabah untuk diri yang hina ini...


Friday, July 3, 2009

semoga roh kalian dicucuri rahmat

Tibe2 rase rindu kat arwah atuk,arwah tokki, ngn arwah nenek..w/pun atuk meninggal time aku msh kecil kire2 umur aku baru je 9 bln,tp b'dsrkan ape yg mak aku cerite atuk sgt sayang kat aku..ya Allah bestnye klu dapat jumpe atuk..tp atuk pegi dulu sblm sempat aku membesar akibat sakit jantung..atuk ni belah mama kat melaka..

Hmmm..then bln dis 2006...time 2 aku ngh meeting syabab kat sekolah n ade meeting utk orentasi form 1..tibe2 mama kol"along,tokki ngh nazak..jap g mama sampai amek along.kt balik cherating.."rase cm tersentap..mmg tokki dah lame sakit..dah terlantar lame..n akhirnye Allah jemput die..skang aku dah xde atuk dah..tu la yg terdetik kat hati aku time 2...bile dah sampai kat cherating,time 2 tokki dah dikebumikan..x sempat nak cium tokki...aku,mama,adik2,n sedare2 nangis..tp papa nmpk relax je...papa sgt tabah..papa cakap dah masenye...nak wat cmne..kene redha...kt yang hidup ni kene la rajin2 doa utk tokki...waa...sgt sedih time 2..

Bulan jun 2008...time 2 aku ngh cuti sem 1 kat dq...aku ngn najihah duk kat umah..tibe2 mama balik dr sekolah n dapat panggilan dr sedare... nenek dah meninggal..bile ak dgr je berita tu air mateku terus mengalir...ya Allah,btul ke ape yg aku dgr ni...actually pd hari nenek meninggal 2 aku ngn mama plan nak jage nenek kat hospital seremban..x silap 3 hari sblm nenek meninggal tu,kami sempat lawat nenek kat hospital n x sangke itulah hari terakhir aku akn jumpe nenek..aku sedih sgt bile dapat tau nenek dah xde..aku sayang nenek...nenek jage aku ngn adek2 time kecik...ingat lg time nenek ngh sakit..die duk kat umah aku..nenek akn tido ngn aku...nenek menghidap alzhemiers(nyanyok)...so pape pun kt kene wat untuk die...tiap2 pg aku akn mandikan nenek...lps mandi kene bagi nenek sarapan pas2 bagi makan ubat...cam2 la rutin tiap2 hari...w/pun kadang2 nenek agak nakal n x nak dgr cakap,tp aku x kisah...aku rase seronok sgt jage nenek...ni la pengalaman yg sgt berharge bg aku..byk mengajar aku erti kesabaran...aku bersyukur diberi peluang jage nenek...

Then after dpt panggilan psl nenek meninggal,kami terus kemas2 n g ke hospital seremban...nenek dah ade kat bilik mayat..aku,mama,papa,ngn sedare yang laen pun msk kat dalam bilik 2..rase sayu n sedih sgt bile tengok mayat nenek terbujur kat atas tray..bbrp minit lps 2,kami mandikan nenek..dan aku pun turut serta mandikan jenazah nenek...time mandikan arwah nenek 2,teringat gelagat nenek mase aku mandikan die dulu...tp sume 2 tinggal kenangan..wajah nenek bersih sgt...lps selesai mandikan jenazah nenek,kafankan pula..aku pakaikan nenek bedak..dlm hatiku aku berkate"nabila nak nenek wangi bile jumpe Allah nnt..."dulu aku mandikan,pakaikan nenek bedak,sikat rambut nenek...biar nenek nmpak cantik...jd aku wat benda yang same time kafankan nenek...berguguran lg air mataku...

Aku naik gak van jenazah time nak hntar jenazah nenek g masjid utk disolatkan..mase 2 org ramai sbb solat jumaat...alhamdulillah ramai yg solatkan nenek...lps solat,tibe mase nak kebumikan nenek...mase 2 mmg ramai sgt yg sedih...aku hanye mampu berdoa agar roh arwah atuk,arwah tokki,arwah nenek sentiase dicucuri rahmat n ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh...rase rindu sgt n teringin sgt nak jumpe mereka...semoga Allah pertemukan kt kembali di akhirat nnt...amin...al-fatihah...

Saturday, June 20, 2009

kemanisan iman

Kadangkala kita rasa bahawa hidup kita ini tidak adil jika dibandingkan dengan org yang lebih senang daripada kita... kadangkala kita rasa hidup kita selalu malang kerana terlalu banyak musibah melanda... kadangkala kita rasa Allah tidak menyayangi kita kerana memberi berbagai-bagai ujian dan dugaan hidup... kadangkala kita putus asa dan tak mampu menanggung apa yang terjadi... kadangkala kita menyalahkan takdir... kadangkala kita juga menyalahkan diri sendiri...


Inilah yang dikatakan jalan menuju kemanisan iman...iman tidak mudah untuk diperolehi dengan begitu saja... setelah kite melalui ombak badai, onak duri, lembah gunung, jalan yang sempit, berkat kesabaran dan ketabahan diri kita akan terbalas juga akhirnya apabila kita merasakan bahawa rahmat daripada Allah itu telah membuatkan diri kita kuat... iman kita teguh... kita kenal erti redha, ikhlas dan bersyukur... kita pasrah dengan qada' dan qadar Allah...setiap kali ujian dan dugaan yang diturunkan kepada Allah kepada kita, itu bererti Dia amat sygkan kita dan mahu kita ingat dan kembali ke jalanNya....


Allah inginkan kita segera menyembahnya, memohon pertolonganNya dengan berdoa dan bertawakal kepadaNya... dengan cara ini... iman itu dapat dikecapi dengan begitu indah... sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang bersungguh dan tidak pernah melupakanNya, iaitu hamba yang tidak pernah lalai daripada semua perintah dan suruhanNya.. . iaitu hamba yang terlalu takut dengan balasan api nerakaNya... iaitu hamba yang selalu mendambakan balasan SyurgaNya...

Wallaualam Bissawab....