BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 20, 2009

kemanisan iman

Kadangkala kita rasa bahawa hidup kita ini tidak adil jika dibandingkan dengan org yang lebih senang daripada kita... kadangkala kita rasa hidup kita selalu malang kerana terlalu banyak musibah melanda... kadangkala kita rasa Allah tidak menyayangi kita kerana memberi berbagai-bagai ujian dan dugaan hidup... kadangkala kita putus asa dan tak mampu menanggung apa yang terjadi... kadangkala kita menyalahkan takdir... kadangkala kita juga menyalahkan diri sendiri...


Inilah yang dikatakan jalan menuju kemanisan iman...iman tidak mudah untuk diperolehi dengan begitu saja... setelah kite melalui ombak badai, onak duri, lembah gunung, jalan yang sempit, berkat kesabaran dan ketabahan diri kita akan terbalas juga akhirnya apabila kita merasakan bahawa rahmat daripada Allah itu telah membuatkan diri kita kuat... iman kita teguh... kita kenal erti redha, ikhlas dan bersyukur... kita pasrah dengan qada' dan qadar Allah...setiap kali ujian dan dugaan yang diturunkan kepada Allah kepada kita, itu bererti Dia amat sygkan kita dan mahu kita ingat dan kembali ke jalanNya....


Allah inginkan kita segera menyembahnya, memohon pertolonganNya dengan berdoa dan bertawakal kepadaNya... dengan cara ini... iman itu dapat dikecapi dengan begitu indah... sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang bersungguh dan tidak pernah melupakanNya, iaitu hamba yang tidak pernah lalai daripada semua perintah dan suruhanNya.. . iaitu hamba yang terlalu takut dengan balasan api nerakaNya... iaitu hamba yang selalu mendambakan balasan SyurgaNya...

Wallaualam Bissawab....