BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 21, 2008

Pesan Nabi Sebelum Tidur

PerKAra SebelUM tIDUR (Tafsir Haqqi)....
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlastigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Tuesday, December 16, 2008

XPLoRACe CaLiph 14 2008...

Salam sume...12-15 dec 2008 adalah antara hari yg paling menyeronokkan dalam hidupku...uji lasak f5 2008 @ Xplorace Caliph 14...mmg best...w/pn xplorace kali ni nmpk lbh mencabar n mmg letih giler,wajah adk2 caliph 14 tetap ceria n sentiase semangat...tabik spring skit...ade yg kene mrh ngn makcik kt klcc la,kene halau la...haha..mcm2..tahniah adik2ku krn telah berjaya melaksanakan n mengatasi sume cabaran2 yg diberikan kpd antum..mmg teringat time batch ktrg g xplorace..sume 2 hanye kenangan...n thnx kpd sume alumni yg terlibat...bnn-hafidz,'ammar,amin mk,umar...bnt lak atiqah,wafda,ammarah,n liyana....x lupe gak kpd guru2ku yg tercinta krn memberikan kepercayaan kpd kami alumni sepanjang xplorace...terutamenye ust idris,c.hafizah,ust hasnan,c.najmah,c.akma,c.farha,k.habsah,abg sarep,pkcik dasuki, n abg wan...hmm...lupe lak..tahniah gak kat sume ajk xplorce..semoga antum sume menjadi pemimpin ummah di mase hadapan...caliph 14 mmg sporting...semoga caliph 14 menjadi batch yg terbaik n menjadi penyumbang demi kegemilangan umat Islam...
wassalam...

Thursday, December 4, 2008

KENAPA PERLU YOGA????



Kenapa kita perlu kepada senaman Yoga sedangkan solat kita telah mencakupi semua keperluan rohani dan jasmani. Tambahan lagi telah dibuktikan dengan kajian sains.

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?


Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak. Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.




SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.




Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.


Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.


Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.


Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Wednesday, December 3, 2008

Renung2kan....

Alhamdulillah...setelah 2 bulan ana x edit blog ni..akhirnye Allah beri juge kesempatan untuk edit blog ana yg dah berabuk n ibarat x berpenghuni ni...huhu...jgn marah kpd sesape yg terase...terdapat 1 kisah di mana ana x tau kesahihannye tp kite boleh ambil pengajaran n iktibar dr kisah ni..Untuk renungan kita bersama... Insya Allah.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east".Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript di bawah.Amin..

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir "

* Cuba kita meneliti dua perbualan di atas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing. "

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju.

Tercatat di dalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...

Wallahu'alam....

Wednesday, October 8, 2008

KeNaNGAn teRinDAh

Post kali ni,ana nak ceritekan kenangan manis kami batch g13th time get2gather taun lps..pgrm ni adalah 1st get2gather...setelah berhempas-pulas dan bertarung dalam jihad spm,akhirnye kami merancang untuk pergi merehatkan fizikal n mental kat PORT DICKSON SANCTUARY RESORT...pgrm ni berlangsung selama 2 hari 1 malam..start 27-28 dec 2007...pgrm ni melibatkan semua ahli g13th dari f1-f5..mmg best sgt dpt jumpe balik sahabat2 yg dah kuar alamin..kat bwh ni ade bbrp gambar yg smpat diambil..so mari kite same2 tgk kronologi pgrm ni.....


hehe...ni la sahabat2 ana yg sekian lame x jumpe...sape ek kat situ??hmm...yg pakai tdg hijau 2 khairiyah,baju pink 2 ummu sulaim,tdg hitam lak musfirah,yg tdg putih 2 name die aishah hikmah...khusyuknye dgr taklimat..

ni lak gmbar ikhwah2 g13th...iAllah drg ni la yg akan jd mujahid2 dalam menegakkan agama Allah...amin..

ish2...semangat ni...maklum la nak g bercuti la katekan...hehe


alhamdulillah..dah sampai dah..x sbr nye nak mandi swimming pool...lalala


ape la yg drg suke sgt tuh.....hai ummu...sembang ape lak tuh....


ha ni die...antare bonda2 tercinte yg turut hadir dlm pgrm ni..hjg skali 2 c.hawa...sblhnye ummu ithar..eh,sabiz pun ade...hehe...


klu krg nak tau...pengarah pgrm ni akh 'ammar sahrim...yg kat sblah 2 lak man...org kuat ni...always busy tau..tp busy2 pun,drg ni still ceria n senyum sokmo...klu x caye,cube perhatikan gmbr ni btl2...


ha..yg syakirin ni lak nape???tgh merenung mase dpn ke???acapek???senyum kat sape???



time ni kami tgh ade slot 1.."MORE THAN KNOW"...slot ni setiap org kene ta'aruf-name,anak ke berape,cite2,n after spm nak smbung ke mane..


eh,abg sarep pun ade gak...hehe...

ni lak presiden g13th tgh berucap...sentiase bersemangat...mantop!!!


sorang lg bonda tercinte..c.syidah...time ni kami ade forum "ANTARA IMPIAN DAN REALITI" time ni la ramai yg sgr bugar especially bab kahwin time blaja..semua teruja...ha ha..kantoi...



5.6.7.8.......ha...bersenam jgn x bersenam....ni ngh warming up sblm walking....semangat kesukanan....


krg tau x kami nak g mane??he he..lps riadhah kami pun gerak ke 1 tmpt..tmpt 2 cm ade kwsn yg luas gak la...ni dlm perjalanan la ni...kirenye time ni ktrg walking la...




yg 3 org kat blakang 2 ngh bncng psl bisnes ke...hafidz???bace buku ape 2??


ha....ni la tmpt yg ana kate td...rindunye kat ummu ithar,adik zimah,n farrah...

mcm2 gaye la drg ni...ni dah jd team volley ball ni....tp asal ramai sgt ni.....plg penting abg sarep mesti ade tau....amboi...amboi....


lps ktrg berkumpul,ktrg ape lg..posing time...!!!!ni lak akhawat2 g13th....i.Allah mereka2 ini lah yg akan menggoncangkan dunia...hahaha...luv u all..


setelah penat walking,now breakfast time!!


ish2..cm knl je uh...org ngh dok makan,sempat lg main buaian...


ha..ni lak swimming pool...saje la nak bgtau..kot krg ingt kolam ikan ke,tasik ke...


la...ngh tangkap angin ke????



lps mandi manda,kami pun berkumpul kat dewan..nape musfira???cm sdh je..xpe2...ana fhm perasaan nt...eh,naila ngh wat ape 2??hafsah???


mase ni la yg plg sdh skali...time ni sume org bersalaman n berpelukan....terharu sgt time ni....waaaaaaa



ha...ni die ikhwah2 g13th.....klu bab posing,kalah akhawat...hehe..jgn marah ye...ni time sblm naik bas nak g teluk kemang



lps 2,ktrg pun bertolak la dari resort 2 n singgah di teluk kemang...ha ni la pantai kat teluk kemang 2..



ni die...model2 untuk iklan pantai...hahaha....walaupun tudung jd herot sbb angin kuat sgt..



ni gambar ana n sabiz..blakang 2 cm djah n nani je...hmm...btul kot...



k la...lps singgah kat teluk kemang,ktrg pun bertolak pulang...mase 2 rase cm x nak balik je...klu ble nak duduk ngn drg...mmg x puas 2 hari 1 mlm 2..tp ape kan daye..setiap yg bertemu pasti akan berpisah.so w/pun sedih,tp ana still happy n alhamdulillah pgrm berjalan ngn lancar..w/pun pd mulanye terlalu byk cabaran n dugaan sblm pgrm ni diadakan...alhmdulillah berkat doa n kerjasama guru2 n sahabat2 akhirnye berjaya gak...semoge ukhwah kite berkekalan dan semoga kite semua menjadi org2 yg beruntung dunia akhirat....k..setakat ni jek...wallahu'alam...wassalam...

"KE ARAH MEMBINA UKHUWAH SEJATI"













Sunday, October 5, 2008

kedudukan wanita

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin."wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga...Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia."

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya."Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga"


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga"Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga."


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin."Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga"


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya"Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga"


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya"Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".

SYAITAN MENOLONG ORANG ISLAM KE MASJID

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid adasatu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih.

Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semulauntuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yangmenyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliaubertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab aku adalah syaitan...
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.

Syaitan menjawab , aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan,semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu....

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.... Wallahua'lam

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.WaLLAHU'ALAM...

Saturday, October 4, 2008

selamat hari raya aidilfitri...


Friday, September 12, 2008

assalamualaikum...

salam sume...alhamdulillah akhirnye berjaya gak ana wat blog ...yea...wat mase ni x de pape info lg nak diceritakan...maklum la introduction baru...firstly,selamat menyambut ramadhan kareem n semoga kt dapat menjalankan ibadah dengan penuh rase ihsan,taqwa,n ikhlas....amin...tak lupe gak ana ucapkan ahlan wasahlan wat ikhwah n akhawat g13th,adik2 al-amin,n sesiapa saje yg berkunjung di blog ni...k...fastabiqul khairat...