BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 5, 2010

Exam dan Kejayaan

Final eXAM! Fuh....macam nak pengsan baca buku. Golongan yang critical course pula penat nak kena jaga pointer. Courses lain pun kena dapat pointer tinggi juga, sebab kita nak dapat kejayaan untuk Islam. Atas sebab-sebab ini, menjadikan kita tak lalu makan, tidur tak lena..Talk dan majlis iulmu pun dipandang sebelah mata. Jiran sebelah pun tak sempat nak dilawat, gara2 merebut kejayaan dunia.


Itulah manusia. pelupa. Kadang2 kita terlupa apa makna kejayaan yang sebenar..
1. Sungguh beruntung orang2 yg beriman,. 2.(yaitu) Orang2 yg khusyuk dalam solatnya, 3.
Dan orang yamg menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna 4. Dan orang yang menunaikan zakat.5.Dan orang2 yg memelihara kemaluannya, 6. kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki ,maka sesungguhnya mereka tidak tercela. 7. tetapi barangsiapa mencari di sebalik itu (zina dan sebagainya),maka mereka itulah orang2 yang melampaui batas, 8. Dan (sungguh beruntung) orang2 yg memelihara amanat2 dan janjinya, 9. serta orang yang memelihara solatnya, 10. Mereka itulah yang akan mewarisi, 11.(iaitu) yang akan mewarisi Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
(Al-mukminun:1-11)

Tugas di dunia bukan sekadar mengejar 4 flat. Itu cuma wasilah untuk kita berdakwah. Belajar bukan alasan untuk tinggalkan dakwah. Tetapi jangan pula dakwah menjadi alasan untuk kita meringankan hal belajar, kerana ilmu adalah kunci amal. Niatkan belajar kerana Allah dan untuk dakwah, Insya Allah kita boleh buat yang terbaik!....chaiyok2!!!