BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 11, 2009

Ukhuwwah Itu Indah

(dedikasi buat alumni g13th & sahabat-sahabat gen9 dq-uiam)

Hanya ada Satu
yang bisa memenuhi segalanya.
Dia Yang Maha Kuasa,
Maha Mendengar,
ketahui sagala rahsia,
rasa jiwa,fikir kita,
tempat bersandar,mengharap bahagia,
tempat memohon panduan cahaya-Nya.


Namun aku perlukanmu,
teman yan setia,
ketawa,senda,tangis peristiwa.
Aku insan, dan kau jua
melengkapi kisah hidup sekian lama.


Kau kata teruskan
bila aku tak terdaya,
kalammu beri kekuatan
yang tak dapat aku huraikannya
senyumanmu bawa tangisan,
saat perpisahan menjenguk kita.


Aku mencarimu, kerana mencari redha-Nya,
kalammu penuh tazkir
buat hatiku terjaga,
teguranmu bagai mutiara
menghindar jiwa dari terus terlena,
semangatmu penuh yakin
hilangkan rasa kecewa.


Kau dan aku,
hanya kita fahami rahsianya.
Ukhuwwah itu indah bila dasarnya cinta Allah,
"ukhuwwah fillah abadan abada"!

3 comments:

Idris Bin Saleh said...

ukhuwah itu memang indah
ibarat simpulan dan ikatan
erat dan kemas serta teguh
walau seribu satu bebaban yang memaut
takkan putus...
walau seribu tangan yang merungkai
takkan terurai...
walau setajam pisau yang memotong
takkan terluka sedikitpun...

kerna ukhuwah bukan dibina dengan kata-kata manis
bukan dipintal dengan janji-janji kosong
ukhuwah dipintal dan disulam dengan aqidah sejati
menjulang Allah yang Maha Tinggi

fathiyyah said...

salam ziarah fathy :)

aishah jauhara said...

Salam.

Jazakillahu khair..

Terharu..=)