BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 3, 2011

Gunung Ciptaan Ilahi

gunung
kau adalah mahluk Allah yang cantik
kau memasak bumi
menstabil putaran siang dan malam
tampa mu dunia kian goncang
bencana gempa pasti melanda dengan serakah
kerna tangan manusia memotong dan membelahmu
mereka rakus dan buas tanpa rasa cinta pada alam
tanpa rasa berdosa pada pencipta

gunug
tinggi dipandang nun mengapai awan
namun kau tunduk dan sujud taat
serendah-rendahnya pada pencipta
zikir dan munajatmu mengalahkan manusia alpa
diammu sentiasa bermuhasabah
teguhmu sentiasa merasa hina
runtuhmu dengan rasa redha
bukan seperti manusia
bongkak dengan pangkat dan harta
takabur dan berdusta semata
mereka lupa pada pencipta
rasa diri sebagai raja
bertuhan syaitan, beraja nafsu

gunung
di hari penghujung dunia
ketika qiamat menjelma
kau akan musnah hancur dan bertebaran
bagai habuk-habuk berterbangan
namun kau tiada dosa, malah amal semata
namun kami manusia, kononnya mulia dari gunung
tapi hina dan nista di ambang akhirat
kecuali hamba-hamba yang sentiasa bersyukur
kecuali hamba-hamba yang berfikir
kecuali hamba-hamba yang soleh
pasti menjadi tetamu syurga Allah

Gunung
kau adalah lambang dan bukti
kuasa ilahi
tiada manusia mampu mencipta mu
walau firaun cuba dengan piramidnya
tiada mesin canggih mampu mendirikamu
walau dengan menara tertinggi di dunia
tiada iblis, syaitan dan jin mampu memikulmu
walau miliki kerajaan sesat di Segi Tiga Bermuda

Gunung
bedirimu menginsafkan diri ini
sekecil hamba yang hina di sisi ilahi

ditulis oleh: sutera biru 12 februari, 10:37am

terima kasih ustaz idris kerana memberi ana sajak ini...:)

4 comments:

nursabirah azhari said...

hehe..ini namanya post kempunan nak XPDC :D:D

fathy nabila najla.... said...

hahahaha...agak la..tetibe teringat gunung hijau..huhuhu

nursabirah azhari said...

owh.gunug hijau penuh suka duka.kes2 misteri~~~haha

fathy nabila najla.... said...

hihihi...penuh misteri~~~~~~~