Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…
1 -Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 -Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 -Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 -I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 -Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11 -Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 -Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada dikalangan kamu yang perasan!!!"
wallahu'alam....
Saturday, March 14, 2009
Memperindahkan Diri
Posted by fathy nabila najla.... at 8:02 AM 3 comments
Sunday, March 8, 2009
my loving sister..
6 mac 2009...hr terakhir utk kakak sem 6 AQRAB kat dq..sedihnye drg nak g dah...alhamdulillah n best sgt dpt kwn ngn kakak2 ni..drg ni sporting hbs...ngn drg la aku dpt bermanje...hehe..selalu kene buli ngn drg...byk kenangn ngn drg..especially akhawat2 yg tersayang....kak zahidah especially...i luv u so much...kak zahidah ni suke warne hitam ngn putih tp brg2 die warne pink..cane 2???hmm..pape pun akk hebat sgt..fathy teringin nk jd cam akk...sedih sgt akk xde kat dq dah pas ni...w/pun akk dah byk hadapi pelbagai dugaan yg melanda hidup akk,tp akk tabah hadapi sume 2..i'm so proud of u....cane la akk ble jd kuat n tabah...fathy bangge ngn akk...akk byk bg nasihat kat fathy..fathy akn ingat sume 2 sampai bile2..akk selalu pesan 'wattaqullah wa yu'allimukumullah"...n fathy ingat lg time 2 kat bilik akk...fathy ckp fathy bangge ngn akk n akk hebat..then akk terus ckp"fathy,ana x hebat cm anti sangke...ana ade byk kelemahan n kekurangan...sbnrnye Allah lah yg menutup segale keaiban kt"...n bg aku die tetap hebat..awal bln 3 april ni die nk terbang ke syiria nak amek syahadah kat sane.. next year br balik cni..n die plan nk wat law kat uia...hehe nnt ble la jumpe..smg akk menjadi seorang mujahidah yg sentiase menegakkan kalimah la ilaha illallah...luv u so much...
p/s:jgn lupe bw bantal pink ana 2 kat syiria tau..n teruskan usaha utk "D--T" b4 g sane..haha..
Posted by fathy nabila najla.... at 6:54 PM 0 comments
Saturday, February 7, 2009
BULU MATA....
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja." Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu".
"Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga. "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..
" PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..... WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.."
Posted by fathy nabila najla.... at 11:30 PM 1 comments
TAngisan Rasulullah menggegarkan Arasy
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang..
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi:
"Ya Karim! Ya Karim!"
Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu..
"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya,
dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,"
kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah
Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi orang yang takabbur yang meminta dihormati,atau diagungkan,tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya dihari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. Dia lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "
Posted by fathy nabila najla.... at 11:14 PM 0 comments
Sunday, December 21, 2008
Pesan Nabi Sebelum Tidur
PerKAra SebelUM tIDUR (Tafsir Haqqi)....
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlastigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.Bismillaahirrohmaanirrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaaMuhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )
Posted by fathy nabila najla.... at 5:04 PM 0 comments
Tuesday, December 16, 2008
XPLoRACe CaLiph 14 2008...
Salam sume...12-15 dec 2008 adalah antara hari yg paling menyeronokkan dalam hidupku...uji lasak f5 2008 @ Xplorace Caliph 14...mmg best...w/pn xplorace kali ni nmpk lbh mencabar n mmg letih giler,wajah adk2 caliph 14 tetap ceria n sentiase semangat...tabik spring skit...ade yg kene mrh ngn makcik kt klcc la,kene halau la...haha..mcm2..tahniah adik2ku krn telah berjaya melaksanakan n mengatasi sume cabaran2 yg diberikan kpd antum..mmg teringat time batch ktrg g xplorace..sume 2 hanye kenangan...n thnx kpd sume alumni yg terlibat...bnn-hafidz,'ammar,amin mk,umar...bnt lak atiqah,wafda,ammarah,n liyana....x lupe gak kpd guru2ku yg tercinta krn memberikan kepercayaan kpd kami alumni sepanjang xplorace...terutamenye ust idris,c.hafizah,ust hasnan,c.najmah,c.akma,c.farha,k.habsah,abg sarep,pkcik dasuki, n abg wan...hmm...lupe lak..tahniah gak kat sume ajk xplorce..semoga antum sume menjadi pemimpin ummah di mase hadapan...caliph 14 mmg sporting...semoga caliph 14 menjadi batch yg terbaik n menjadi penyumbang demi kegemilangan umat Islam...
wassalam...
Posted by fathy nabila najla.... at 4:44 AM 2 comments
Thursday, December 4, 2008
KENAPA PERLU YOGA????
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Posted by fathy nabila najla.... at 7:29 PM 1 comments
