Rasulullah s.a.w bersabda:'Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."Bila seorang bertanya,"Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali??"Rasulullah s.a.w bersabda:"Selalu inagt MATI dan membaca AL-QURAN."
Friday, October 9, 2009
Posted by fathy nabila najla.... at 9:57 PM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
Al-Quran beri inspirasi berfikir
Menurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan generasi terdahulu ke paras tertinggi dalam indeks kecemerlangan.Prestasi makin jauh dari al-Quran ini akan mencetuskan seribu satu macam onar dalam masyarakat.Apa yang perlu dibuat,dengarlah al-Quran, selalulah membaca, cuba fahami isinya, akan datang penghayatan dan akhirnya terserlahlah al-Quran dalam bentuk tindakan, lalu berulang kembali generasi al-Quran.Muhasabah untuk diri yang hina ini...
Posted by fathy nabila najla.... at 10:34 AM 0 comments
Friday, July 3, 2009
semoga roh kalian dicucuri rahmat
Tibe2 rase rindu kat arwah atuk,arwah tokki, ngn arwah nenek..w/pun atuk meninggal time aku msh kecil kire2 umur aku baru je 9 bln,tp b'dsrkan ape yg mak aku cerite atuk sgt sayang kat aku..ya Allah bestnye klu dapat jumpe atuk..tp atuk pegi dulu sblm sempat aku membesar akibat sakit jantung..atuk ni belah mama kat melaka..
Hmmm..then bln dis 2006...time 2 aku ngh meeting syabab kat sekolah n ade meeting utk orentasi form 1..tibe2 mama kol"along,tokki ngh nazak..jap g mama sampai amek along.kt balik cherating.."rase cm tersentap..mmg tokki dah lame sakit..dah terlantar lame..n akhirnye Allah jemput die..skang aku dah xde atuk dah..tu la yg terdetik kat hati aku time 2...bile dah sampai kat cherating,time 2 tokki dah dikebumikan..x sempat nak cium tokki...aku,mama,adik2,n sedare2 nangis..tp papa nmpk relax je...papa sgt tabah..papa cakap dah masenye...nak wat cmne..kene redha...kt yang hidup ni kene la rajin2 doa utk tokki...waa...sgt sedih time 2..
Bulan jun 2008...time 2 aku ngh cuti sem 1 kat dq...aku ngn najihah duk kat umah..tibe2 mama balik dr sekolah n dapat panggilan dr sedare... nenek dah meninggal..bile ak dgr je berita tu air mateku terus mengalir...ya Allah,btul ke ape yg aku dgr ni...actually pd hari nenek meninggal 2 aku ngn mama plan nak jage nenek kat hospital seremban..x silap 3 hari sblm nenek meninggal tu,kami sempat lawat nenek kat hospital n x sangke itulah hari terakhir aku akn jumpe nenek..aku sedih sgt bile dapat tau nenek dah xde..aku sayang nenek...nenek jage aku ngn adek2 time kecik...ingat lg time nenek ngh sakit..die duk kat umah aku..nenek akn tido ngn aku...nenek menghidap alzhemiers(nyanyok)...so pape pun kt kene wat untuk die...tiap2 pg aku akn mandikan nenek...lps mandi kene bagi nenek sarapan pas2 bagi makan ubat...cam2 la rutin tiap2 hari...w/pun kadang2 nenek agak nakal n x nak dgr cakap,tp aku x kisah...aku rase seronok sgt jage nenek...ni la pengalaman yg sgt berharge bg aku..byk mengajar aku erti kesabaran...aku bersyukur diberi peluang jage nenek...
Then after dpt panggilan psl nenek meninggal,kami terus kemas2 n g ke hospital seremban...nenek dah ade kat bilik mayat..aku,mama,papa,ngn sedare yang laen pun msk kat dalam bilik 2..rase sayu n sedih sgt bile tengok mayat nenek terbujur kat atas tray..bbrp minit lps 2,kami mandikan nenek..dan aku pun turut serta mandikan jenazah nenek...time mandikan arwah nenek 2,teringat gelagat nenek mase aku mandikan die dulu...tp sume 2 tinggal kenangan..wajah nenek bersih sgt...lps selesai mandikan jenazah nenek,kafankan pula..aku pakaikan nenek bedak..dlm hatiku aku berkate"nabila nak nenek wangi bile jumpe Allah nnt..."dulu aku mandikan,pakaikan nenek bedak,sikat rambut nenek...biar nenek nmpak cantik...jd aku wat benda yang same time kafankan nenek...berguguran lg air mataku...
Aku naik gak van jenazah time nak hntar jenazah nenek g masjid utk disolatkan..mase 2 org ramai sbb solat jumaat...alhamdulillah ramai yg solatkan nenek...lps solat,tibe mase nak kebumikan nenek...mase 2 mmg ramai sgt yg sedih...aku hanye mampu berdoa agar roh arwah atuk,arwah tokki,arwah nenek sentiase dicucuri rahmat n ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh...rase rindu sgt n teringin sgt nak jumpe mereka...semoga Allah pertemukan kt kembali di akhirat nnt...amin...al-fatihah...
Posted by fathy nabila najla.... at 9:15 AM 0 comments
Saturday, June 20, 2009
kemanisan iman
Kadangkala kita rasa bahawa hidup kita ini tidak adil jika dibandingkan dengan org yang lebih senang daripada kita... kadangkala kita rasa hidup kita selalu malang kerana terlalu banyak musibah melanda... kadangkala kita rasa Allah tidak menyayangi kita kerana memberi berbagai-bagai ujian dan dugaan hidup... kadangkala kita putus asa dan tak mampu menanggung apa yang terjadi... kadangkala kita menyalahkan takdir... kadangkala kita juga menyalahkan diri sendiri...
Inilah yang dikatakan jalan menuju kemanisan iman...iman tidak mudah untuk diperolehi dengan begitu saja... setelah kite melalui ombak badai, onak duri, lembah gunung, jalan yang sempit, berkat kesabaran dan ketabahan diri kita akan terbalas juga akhirnya apabila kita merasakan bahawa rahmat daripada Allah itu telah membuatkan diri kita kuat... iman kita teguh... kita kenal erti redha, ikhlas dan bersyukur... kita pasrah dengan qada' dan qadar Allah...setiap kali ujian dan dugaan yang diturunkan kepada Allah kepada kita, itu bererti Dia amat sygkan kita dan mahu kita ingat dan kembali ke jalanNya....
Allah inginkan kita segera menyembahnya, memohon pertolonganNya dengan berdoa dan bertawakal kepadaNya... dengan cara ini... iman itu dapat dikecapi dengan begitu indah... sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang bersungguh dan tidak pernah melupakanNya, iaitu hamba yang tidak pernah lalai daripada semua perintah dan suruhanNya.. . iaitu hamba yang terlalu takut dengan balasan api nerakaNya... iaitu hamba yang selalu mendambakan balasan SyurgaNya...
Wallaualam Bissawab....
Posted by fathy nabila najla.... at 8:52 PM 1 comments
Thursday, May 28, 2009
Rahsia 5 Jari
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.
4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang
Posted by fathy nabila najla.... at 10:19 AM 2 comments
Saturday, May 23, 2009
mama tersayang...i luv u..
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada........... MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulis.
Sayangilah dan hargailah ibu kita selagi die masih ade la di dunia...x lupe juga kat ayah kita...
Along sayang mama ngn papa...doakan anakandamu berjaye dunia akhirat dan sentiase dipelihara Allah...amin...
Posted by fathy nabila najla.... at 12:05 AM 1 comments
Saturday, May 2, 2009
Manusia Bertanye...Al-Quran Menjawab...
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamuberjaya (mencapai kemenangan). "-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah beratkecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-Surah Yusuf ayat 12
Posted by fathy nabila najla.... at 10:09 PM 0 comments