BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

peroxisome a.k.a periok cik som

Bak kate sir mahathir...nk senang ingat peroxisomes slalu sbut periok cik som...hihi...lawak lak...tp kenapa lak ngn peroxisome ni?hmm...peroxisome ni salah satu organelles dlm liver kt..keje peroxisome ni detoxify alcohols n other harmful substances yg ade kat dlm hati kt...peroxisome ni sgt lah kecik n x nmpk pon ngn mata kasar kt.tp sekecil2 peroxisome ni,dy tau tugas dy n sntiase alert bile dy diperlukan..bile nmpk bnda yg boleh kotorkan liver tuan dy,dy cepat2 bertindak membuang segala kotoran..tp cube kt tgk diri kt balik...kdg2 kite wat dosa,kt x bersegera pon utk bertaubat dan cpt2 bersihkan hati kt..sepatutnya kt ni iaitu tuan punye hati la kene lbh lg usaha utk pastikn hati(ruhani) sntiase bersih..so kt kene la jd mcm peroxisomeyg sentiasa bekerja utk pastikan hati kt clean n clear..hati yg zahiriah iaitu liver peroxisome dh tolong bersihkan...tp hati yg ruhaniah kt la yg kene jaga n cuci kasi bersih...

Thursday, July 1, 2010

Jika Aku Jatuh Hati....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Rahman jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin...

Doaku moga kita sama-sama berjaya dunia akhirat
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran...
yang sememangnya menguji kekuatan iman...
kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...